3.0 REKA BENTUK KURIKULUM
PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM
Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)
MAKSUD KURIKULUM
Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.
Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan. (Wikipedia, ensiklopedia bebas).
Kurikulum berasal daripada perkataan Latin “currere” maksud “race course” atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.
KONSEP KURIKULUM
MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM
- Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
- Penyampaian maklumat ikut peringkat.
- Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
- Membina modal insan abad ke 21.
- Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
- Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
- Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.
FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM
Idealisme - Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
Realisme - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat.
Paramatisme - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
Perianelisme - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
Essentialisme - Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran.
Progressivesme - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.
Rekonstrutionalisme - Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu.
Eksistentialisme - Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.
Comments
Post a Comment